12 Mac 2017 Masihi bersamaan 13 Jamadil Akhir 1438 Hijrah

Asean Young Leaders Forum (AYLF) merupakan sebuah jaringan kepimpinan belia ASEAN yang telah ditubuhkan oleh 30 orang kepimpinan belia dari Malaysia, Indonesia dan Thailand yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah doktor perubatan, ahli perniagaan, aktivis masyarakat, peguam, mahasiswa dan sebagainya dalam sebuah pertemuan bersejarah di Bandung, Indonesia pada 8-10 November 2014.

Visi penubuhan AYLF adalah untuk mengumpulkan kepimpinan terbaik belia ASEAN ke arah menjuarai isu-isu semasa ASEAN di samping membina hubungan serantau yang erat dan kukuh antara satu sama lain. Sementara itu, AYLF telah menggariskan lima (5) misi AYLF yang seperti berikut:

1) Membina dan membangun jaringan sesama komuniti ASEAN;
2) Menangani isu-isu ASEAN;
3) Melatih belia menjadi pemimpin global;
4) Mempromosikan dan memberdayakan nilai kebudayaan yang positif dalam kalangan komuniti ASEAN; dan.
5) Menghasilkan kepimpinan belia yang cemerlang dalam perhubungan antarabangsa, sosio-budaya dan keusahawanan.

Ke arah menjayakan visi dan misi AYLF, sebuah program yang dinamakan sebagai AYLF Regional Meeting 2017 telah diadakan untuk menyusun semula gerak langkah dan halatuju pergerakan AYLF di setiap peringkat bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia dari 11-12 Mac 2017.

Keistimewaan AYLF Regional Meeting 2017 kali ini ialah dengan kehadiran delegasi dari negara-negara baru yang menyertai AYLF iaitu Singapura, Filipina, Kemboja dan juga Sri Lanka menjadikan jumlah keseluruhan delegasi yang hadir kali ini ialah seramai 42 orang.

AYLF Regional Meeting 2017 kali ini juga menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh ASEAN yang dibawa ekslusif kepada para delegasi iaitu Ustaz Anis Matta, mantan Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia yang akan menyampaikan tajuk “Pemberdayaan Kepimpinan Belia ASEAN”, Dr Ahmad Termizi Ramli, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan tajuk “Mengeratkan Hubungan Ke Arah Membina ASEAN Yang Lebih Baik”, dan Datuk Dr Daud Mohd Bakar, Presiden/CEO International Institute of Islamic Finance (IIF) Incl. (BVI) dan Amanie Advisors Sdn Bhd dengan tajuk “Menjadi Yang Terbaik Daripada Kepimpinan ASEAN”.

Kemuncak program ini ialah dengan pembentukan struktur baru kepimpinan AYLF peringkat ASEAN dan juga peringkat negara masing-masing termasuklah penubuhan cawangan baru AYLF di Singapura, Filipina dan Kemboja.

Program ini juga telah memuktamadkan senarai isu-isu semasa ASEAN/tindakan yang akan ditangani dan diperjuangkan oleh AYLF setiap negara untuk tempoh dua (2) tahun berdasarkan tiga kluster utama seperti yang berikut:

A) Politik
I. Melawan Ekstrimisme Politik
II. Hubungan antara agama (Inter-faith engagement)
III. Politik berasaskan Maqasid Syariah

B) Ekonomi
I. Penubuhan portfolio Ekonomi
II. Membina hubungan dengan entrepreneur dan NGO
III. Menjalin hubungan dengan komuniti belia

C) Sosio-Budaya
I. Pendidikan
II. Melawan Ekstrimisme Agama
III. LGBT

Justeru, menjadi harapan kami agar segala keputusan yang telah tercapai dalam AYLF Regional Meeting 2017 kali ini akan memberikan sumbangan yang berkesan dan bermakna dari kepimpinan belia ASEAN ke arah membangun dan membina komuniti ASEAN yang lebih baik dan cemerlang.

PRESS STATEMENT
“ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) as a platform for ASEAN youth leadership to champion ASEAN issues”

12 March 2017 / 13 Jamadil Akhir 1438 Hijrah

The ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) is a network of ASEAN young leaders formed by 30 youths from Malaysia, Indonesia and Thailand of diverse educational and professional backgrounds – they comprise medical practitioners, lawyers, businessmen, social activists and students. The formation of ASEAN was a result of a historical meeting in Bandung, Indonesia on 8-10 November 2014.

The vision of AYLF is to gather the best leadership talents and steer them into championing contemporary issues pertaining to ASEAN countries. In addition, it aims at building a mutual relationship and strengthening regional cooperation among ASEAN countries. Five AYLF missions have been delineated:

• To build and enhance networking with ASEAN community.

• To address ASEAN issues.

• To train youths to become global leaders.

• To promote and empower positive cultural values among ASEAN community.

• To produce young leaders who are successful in international relations, socio-cultural and entrepreneurship arenas.

In the effort to ensure the success of AYLF vision and missions, the “AYLF Regional Meeting 2017”; was organized in Hotel Putra, Kuala Lumpur from 11 to 12 March 2017. The objective was to and re-formulate the steps needed in achieving AYLF missions.

One special feature of the AYLF Regional Meeting 2017 is the participation of international delegates from countries new to AYLF – Singapore, Philippines, Cambodia and Sri Lanka. This has contributed to a total number of 42 delegates participating in the meeting.

The AYLF Regional Meeting 2017; this time has been made more meaningful with the presence of distinguished, reputable ASEAN scholars and speakers such as:

a. Ustaz Anis Matta, deputy president of Partai Keadilan Sejahtera (PKS)Indonesia who speaks on “Enabling and Facilitating ASEAN Youth Leadership”.

b. Dr Ahmad Termizi Ramli, former lecturer of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) whose speech is on “Strengthening Bonds in Creating a Better ASEAN”;

c. Datuk Dr Daud Mohd Bakar, President/ CEO of International Institute of Islamic Finance and Amanie Advisors Sdn. Bhd. with his speech:”Getting the Best of ASEAN leadership”.

The peak event and outcome of this program is the re-structuring of leadership organization at the ASEAN and country level, along with formation of AYLF chapters in Singapore, Philippines, Cambodia and Sri Lanka. This meeting would also prioritize and finalize the list of contemporary ASEAN issues which are to be addressed by thorough action plans for the year 2017 and 2018.

The action plans are divided into three theme/cluster, which raised issues to tackle as below:

A) Politic
I. Youth Against Political Extremism
II. Inter-faith engagement
III. Politic according to Maqasid Syariah

B) Economy
I. Develop ekonomy portfolio
II. Engage with entrepreneur dan NGO related to economy
III. Engage with youth community

C) Social Cultural
I. Education
II. Fight Against Religious Extremism
III. LGBT

We therefore hope that the presence of AYLF delegates in this program will create a huge impact in maximizing the potentials of ASEAN youth leadership and building a stronger ASEAN community network.

Dr Nur Aisyah Zainordin
President AYLF Malaysia

Dr. Muhammad Afeefee Assalihee
AYLF Thailand

Ade Nuansa Wibisono
Speaker AYLF Indonesia

Abdul Majed
President AYLF Phillipine

Md Hairudin Abdul Hamid
AYLF Singapore