9 September 2017, 18 Dzulhijjah1438 Hijrah (Islamic year)

1. In conjunction with the roundtable discussion themed “Youths Against Terrorism” today at the International Islamic University Malaysia (IIUM), the ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) as a youth organization representing the ASEAN region thereby declares its full commitment to call upon all youths, to unite and collectively reject all efforts by irresponsible parties in recruiting and nurturing terrorists within this region.

2. Our stand is derived from these five observations:

a. Youths are the main targets of recruitment by global terrorist movements.

b. Youths can be more vulnerable to recruitment due to the manipulation of religious or ethnic sentiment by terrorist movements.

c. Youths are the future and building blocks of a nation. A nation’s rise and fall are very much dependent on its young generation.

d. Among the reasons why some youths are involved in terrorist activities are their attitude and tendencies to escape, in an unrealistic manner, the growing problems and difficult realities of life such as poverty, inequality, disenfranchisement and disintegration of the family institution.

e. Misinterpretation of the concept of ‘jihad’ among some Muslim youths is another huge factor contributing to their involvement in terrorism.

3. Therefore, AYLF which now has an established network in Indonesia, Thailand, Singapore, Philippines, Cambodia and Sri Lanka call upon youths in the ASEAN region to unite against all forms of extremism and terrorism, be it religious or ethnic in nature.

4. AYLF also requests ASEAN youths to collectively:

a. Organize anti-terrorism campaigns in their respective countries, addressing all strata of society.

b. Conduct programs with the aim of raising awareness and exposing the manipulative and deceptive strategies used by irresponsible groups in recruiting terrorists.

c. Engage in positive, healthy and self-developing programs such as those pertaining to education, economy, arts, culture, sports and others as a way of channeling their precious time and energy away from destructive activities.

d. Learn Islam or religious knowledge from credible and authorized sources.

e. Build a peaceful and terrorism-free ASEAN.

5. As an organization with members across various disciplines and sectors, AYLF is ready to collaborate and work with any international bodies, governmental institutions, NGO’s, higher educational institutions and schools in strengthening efforts to combat violence and terrorism.

AYLF KOMITED MENOLAK SEBARANG USAHA MEREKRUT PENGGANAS DARIPADA KALANGAN BELIA

9 September 2017 Masihi bersamaan 18 Dzulhijjah 1438 Hijrah

1.0 Bersempena dengan penganjuran Diskusi Meja Bulat bertemakan “Belia Menentang Keganasan” dengan tajuk “Usaha Kerjasama Dalam Menentang Keganasan di Peringkat ASEAN” yang berlangsung pada hari ini, 9 September 2017 bertempat di Dewan Zabedah, UIAM Gombak, Asean Young Leaders Forum (AYLF) selaku sebuah jaringan kepimpinan belia rantau ASEAN menyatakan sepenuh komitmen bahawa AYLF akan menyeru para belia untuk bersama-sama menentang segala usaha pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab dalam merekrut dan membangun pengganas daripada kalangan belia khususnya di rantau ASEAN.

2.0 Pendirian AYLF ini dibuat berdasarkan lima (5) perkara berikut:

2.1 AYLF mengakui hakikat bahawa belia merupakan sasaran utama organisasi keganasan peringkat antarabangsa dalam menambah bilangan anggotanya;

2.2 AYLF menginsafi dan menyedari hakikat bahawa belia adalah golongan yang mudah terpedaya dengan perjuangan-perjuangan organisasi keganasan peringkat antarabangsa yang bertopengkan sentimen agama atau kaum atau etnik;

2.3 AYLF menyedari hakikat bahawa belia adalah masa depan sesebuah negara yang mana berdiri dan runtuhnya sesebuah negara itu adalah terletak pada belianya;

2.4 AYLF menyetujui hakikat bahawa antara punca utama penyertaan para belia dalam kegiatan keganasan adalah akibat daripada sikap para belia untuk melarikan diri daripada masalah dan realiti kehidupan dunia yang sangat sukar dan menghimpit termasuklah kemiskinan, ketidak adilan dan keruntuhan institusi keluarga; dan

2.5 AYLF menginsafi dan menyedari bahawa selain daripada itu, salah faham yang ketara para belia khususnya yang beragama Islam tentang maksud jihad yang sebenar juga merupakan antara faktor utama yang menyumbang penglibatan yang besar daripada kalangan belia dalam kegiatan keganasan.

3.0 Justeru, AYLF yang kini sudah melebarkan jaringannya di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka menyeru para belia khususnya di seluruh rantau ASEAN untuk sama-sama bersatu padu menentang keganasan sama ada keganasan tersebut adalah keganasan keagamaan atau keganasan perkauman dan sebagainya.

4.0 AYLF seterusnya mengajak para belia seluruh ASEAN khususnya untuk bersama-sama:

4.1 Mengajurkan kempen belia menentang keganasan di peringkat negara masing-masing secara bersatu padu yang melibatkan kesemua lapisan belia dari akar umbi;

4.2 Melaksanakan program-program kesedaran berkenaan tipu daya pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab dalam merekrut para belia sebagai pengganas;

4.3 Melibatkan diri dengan aktif dalam program-program positif yang membina diri termasuklah dalam bidang ekonomi, pendidikan, seni, budaya, sukan dan sebagainya ke arah mensifarkan penglibatan belia dalam kegiatan keganasan;

4.4 Mempelajari ilmu agama daripada sumber-sumber yang betul dan dipercayai daripada kalangan para sarjana yang terkemuka dan diiktiraf; dan

4.5 Membangun sebuah rantau ASEAN yang aman, tenteram dan sifar keganasan.

5.0 Sebagai sebuah jaringan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang belia termasuklah doktor perubatan, ahli perniagaan, aktivis masyarakat, peguam, mahasiswa dan sebagainya, AYLF amat berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan-badan antarabangsa, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah dalam menjayakan kempen belia menentang keganasan.

DR NUR AISYAH ZAINORDIN
PRESIDEN
ASEAN YOUNG LEADERS FORUM (AYLF) MALAYSIA

DR MUHAMMADAFEEFEE ASSALIHEE
PRESIDEN
AYLF THAILAND

ADE NUANSA WIBISONO, MSc
PRESIDEN
AYLF INDONESIA

ABDULMAJED PANARIGAN MIMBANTAS
PRESIDEN
AYLF PHILLIPINES

MD HAIRUDIN ABD HAMID
AYLF SINGAPURA